Model Pesawat Terbang

Wednesday, January 11, 2006

Model Kapal Terbang-Cara Murah dan Mudah













Pengenalan
Pembinaa model kapal terbang merupakan satu hobi yang tidak asing lagi di Malaysia. Sama ada pembinaan model pesawat terbang dalam bentuk statik, "free flight" atau model kawalan jauh adalah terpulanag kepada setiap individu untuk memilih dan menikmatinya.

Walaupun terbanyak model kapal terbang yang boleh didapati dengan mudah dipasaran, saya lebih suka membina model pesawat saya sendiri. Membina model pesawat sendiri lebih memberi kepuasan terutamanya model pesawat tersebut berjaya diterbangkan.

Didalam blog ini saya akan lebih menumpukan kepada pembinaan model kapal terbang kawalan jauh yang menggunakan samada kuasa bateri atau injin nitro.


Kaedah Pembinaan Model Kapal Terbang

Bahan Pembinaan

Memandangkan kepingan balsa yang agak mahal saya telah menggunakan campuran bahan-bahan lain sebagai tujuan penjimatan kos ketika pembinaan.Biasanya saya akan menggunakan polysterene (gabus putih) untuk pembinaan sayap dan kepingan balsa untuk pembinaa fiuslaj.Plywood 3mm saya gunakan untuk membuat "firewall" .

Peralatan Pembinaan
Atas alasan penjimatan kos saya menggunakan alat-alat asas ketika pembinaan. Antara alatan yang digunakan ialah pisau, kertas pasir dan pembaris. Epoxy 5 minit atau gam polyestrene digunakan jika kerja-kerja pencantuman polyestrene perlu dilakukan.

Pembinaan Sayap
Pembinaan sayap adalah lebih mudah dengan menggunakan polyesterene. Gunakan pisau untuk memotong aerofoil, licinkan dengan menggunakan kertas pasir, pembaris kayu meter(seperti yang digunakan oleh penjual kain ela) sebagai gelegar/spar sayap, dan epoxy atau gam polyestrene untuk kerja-kerja pencantuman, jika ada.

Sebagai "covering" saya hanya gunakan selotape 1.5" atau 2.0 inci lutsinar. Salotape berwarna boleh digunakan, tapi agak mahal.

Hasilnya ialah sayap yang ringan dan kelihatan OK lah.... bergantung kepada kesenian masimng-masing. Boleh siap dalam masa satu hingga jam mengikut ketekunan anda.

Pembinaan Fiuslaj(Badan Kapal).
Setakat ini saya membina badan kapal dengan kepingan balsa. Penggunaan polyestrene untuk badan pesawat masih dalam perancangan.

Gam yang digunakan ialah gam CA juga dikenali sebagai. Harga pasar malam antara RM3 ke RM5. Saya beli di Paetaling Street RM1 sebotol.

Covering daripada salotape putih dan merah. Windows daripada salotape lutsinar. Windshield daripada plastik binding clear.

Gambar pembinaan saya akan updatye kemudian.


Hasilnya !!!

Kawan saya kata nampak tak ada beza dengan yang beli bila dah berada diudara. Lihatlah gambarnya seperti diatas tu. Yang berwarna putih merah tulahhh!!!.

J3 Cub kuning tu Mr Zaini dari Megastar punya. Blackhorse model, injin TT46.




Performance ????.... setakat ini tak pernah terhempas


Spesifikasi

Winagspan 59 in, Length 36 in , injin tt25, propellr 1050 kayu hawk China mari...

Lain-lain Blog

Dalam bahasa Inggeris www.giantscale46.blogspot.com